Ya Allah, kurniakan kami anak2 yang soleh dan solehah. Amin

during pregnancy

Wednesday 30 December 2009

Week 38 Day 2-31st Dec09

Dah lebih 38 minggu. Aku menunggu hari saja. Kawan aku 2 orang yang hampir sebaya preggy dengan aku dan deliver..sorang hari ni deliver pagi2. Best nya dengar.
Aku berdoa baby ni kuar awal Jan10...Husben pun dah excited aje. Suma orang cakap perut aku membojol besar ke depan dan masih belum turun lae. Tapi aku ingat nak cuti awal sebab rasa nak rehat aje kat umah Melaka. Dah x de mood nak keje. Keje pun aku boleh monitor dari rumah-sebab dah masuk internet-bukak email. SSLVPN pun dah setting so sumanya boleh surf dari umah aje-wat keje dari umah aje la.

Berat aku maintain 70kg dah x naik. Tapi HB aku menurun dari 10.6 ke 10.2.
Anemia ke nanti? hisss risau ni.
Aku masih x pandai kira pergerakan baby. X faham pun ada.
Tapi setakat ni baby masih aktif kicking cuma x nampak dah gerakan bonjolan lae...mungkin dah penuh. Nak scan wat last time sebab nak tgk berat baby.

Orang kata banyakkan berjalan supaya cepat bersalin..aku dah banyak berjalan rasa macam asyik le nak buang air aje. Malam asyik terbangun nak gi toilet.

Rasa x sabar nak tgk baby kami ni. Macamana le rupa dia. Babysitter aku dah cari. Cuma nak confirm aje lepas bersalin nanti. Nak berkenalan walau kawan aku Atie dah kenal sejak kecik lae.
Semoga perjalanan ku ini berjalan lancar.

Tuesday 15 December 2009

Week 36 Day 1-16th Dec 09

Semakin ditekan aje rasanya kat bawah tapi kuatkan semangat ni. Asal baby sihat dan membesar dengan sempurna kat dalam. Perut masih x nampak turun. Rasa x sabar pulak nak bersalin ni. Nak pegang+cium baby sendiri. Rasa pun kaki dah bengkak, tapak tangan pun dah kembung. Kaki kanan x kuat sgt.

Berat 69.5kg
Hb dah naik 10.3
estimate berat baby cuma 2.3kg..harapan aku biarla baby ni cukup 3kg nanti.

Aku dah jalan macam penguin..hahaha

Wednesday 2 December 2009

Week 34 Day 2-3rd Dec 09

Dah lama x update...sibuk sikit

Perut dah terasa memboyot...hehehe postur jalan pun dah bertukar. Aku pernah mimpi badan aku slim macam dulu...setiap kali bangun tido aku mesti pegang perut...takut sgt ilang. Mimpi hari2 sampai dah lali...Memang x cukup tido...terbangun ke toilet le, baby kungfu kuat le, terdengar bunyi le, mimpi yang menakutkan la...kalau husben sebelah rasa safe aje, tapi bila terbangun sorang2 ni rasa sayu plak.
Berat aku dah 68kg, Hb masih x cukup 10...hiss risau plak kalau tumpah darah nanti
Aku dah rasa senak kat bawah sebab kepala baby memang dah ke bawah betul.
X lama aje tinggal masa...Pasni aku kena cari tempat nak letak baby...ni yang pening.
Nak letak kampung rasa x boleh kot sebab jauh dari baby. Baby pun mesti sedih kalau aku x de nanti...Dugaaannnn.

Aku kurang makan nasi, rasa macam x seda aje lauk beli ni..kalau masak sendiri, abis aku makan sepinggan. Nak tapau, malas aje sebab amik masa...selalu le aku makan biskut ngan roti aje.

Kay, until next week

Wednesday 18 November 2009

Week 32 Day 2-19th Nov 2009

Dah lama aku x update. Sepatutnya on weekly basis. Tapi sebab ada project baru-aku x sempat
kay last visit result:
BP and Albumin-Normal
Wat Glucose Screening Test-result blum tau
HB-masih kurang cuma 9.8-:<
Berat x naik since last 2 weeks-68kg
next visit 23rd nak wat scan kat Klinik Nilai walhal aku dah selalu scan kat private.
Xpe la memenuhi syarat.

Aku dah rasa berat aje...jalan pun dah macam mak buyong-hahaha
Alhamdulillah kaki aku dah x bengkak dan selesa tido x kena cramp-badan masih panas2 aje
Aku kena lae jangkitan yeast-so dah siap amik ubat. Kalau kena rasa x selesa langsung.

Semalam aku mimpi, aku gi Singapore wat keje, pastu dalam perjalanan ke airport, kaki baby terbonjol kat perut aku, rasa sakit yang amat. Terbangun terus gi toilet. Nasib le mimpi.
Dah mula rasa takut dah nak ingat bersalin ni. Camna le sakitnya

Tuesday 3 November 2009

Week 30-3rd Nov 2009

Checkup semalam aku buat kat KK Nilai. Punya le ramai tapi x pe asalkan aku x perlu amik cuti 1/2 day..aku masuk keje kul 10.15am. Cuma next 2 weeks, aku rasa aku kena amik cuti separuh hari sebab nak buat Glucose Screening Test.

Result:
berat 68kg-waaa naik 2.5kg..nurse nak observe
HB= 9.7..tapi confirm aku bukan talasemia...cara pemakanan aku silap sikit
Albumin=N
BP= Ok
Next appointment kena inject ATT kali kedua lae...aku bab ni le lemah..nak injection plak

Good news is, bila dah cukup term, aku boleh request nak lahirkan anak 1Jan2010..hisss ni macam best, tak payah le aku menunggu masa..bleh aku plan nak lahirkan baby tahun baru ni
Apapun kena bincang ngan husben.

Pagi tadi sedih tgk husben gi keje...mcm kena tinggal sorang2. Tapi bila dah masuk keje, kurang sikit. X tau le nanti bila dah ada baby. Tabah ke x ni?

Tuesday 27 October 2009

Week 29-27th Oct 2009

Badan dah semakin berat-kaki pun x kurang daya kuasa angkatnya-hampir2 aku tersadung tadi-2 kali plak tu...Nauzubillah...jauhkanlah aku dari terjatuh.
Mengah kalau buat keje lebih2-aku lebih suka duk lepak tgk tv...kalau wat keje umah pun dah slow. Next week ada checkup-aku rasa aku kena lae infection-kena amik ubat ni...X boleh biarkan..rasa x selesa pun ada.
Aku tersgt la suka makan aiskrim dan strawberry. Kalau makan x ingat dunia. Perutku dan membulat ke depan...rasa semakin membesar, baby pun dah kuat kick..kekadang terbangun tido bila rasa geli kat perut. Nikmat mengandung ni lain-rasa special sgt.
Macam biasa, pagi tadi aku sedih sgt tinggalkan husben sorang2 kat umah. Hisss macamana nanti kalau ada baby? aku x tergambar perasaan aku tu nanti.
Ya Allah, moga kou tunjukkan kami jalan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Aminnnnn

Thursday 15 October 2009

Week 27-13 Oct 2009

Bengkak kaki dah kurang kalau aku kurang berjalan dan berdiri. Tido masih pakai stokin untuk elakkan cramp. Berat last timbang dah 66.4kg...wow cepatnya naik
Tidoku semakin nyenyak cuma terbangun bila nak ke tandas atau tukar position mengiring. Aku x boleh terlentang terasa sesak aje. Mimpi setiap malam-macam2 kisah-kenapa yek? terlebih hormon ke?

Dah rasa berat jalan...bila orang tgk aku ngan uniform maternity ni, ramai le yang volunteer nak advise itu le ini le, yang mengusik pun ada...kekadang geram gak sebab sambil usik tersengih2 macam kerang busuk (male staff le ni) Ada gak yang terperanjat x tau aku ni dah kawin...aleh-aleh dah preggy..siap tanya "bila awak kawin?"...eh suka ati le nak kawin ke x.(dalam hati le)..kat luar, aku senyum kambing aje. Malas nak layan. Yang selamba pegang2 perut aku ni pun ada. Tapi aku x kisah sgt asal x tekan perut ni dah le.

Monday 5 October 2009

Week 26-6th Oct 2009

Semalam checkup-klinik x de bekalan electric...waaa dah le badan panas membara...asyik le berkipas. Aku sampai dah ramai-dapat number 20. Aku dah mula bosan checkup kat situ.
Bukan dapat jumpa dr...asyik outstation aje.
Result:
Berat 63.6kg
HB 9.9-drop lae...kena le dengar nurse lecture
Albumin dan BP-normal

Next checkup 19th Oct-nasib masa tu cuti...so plan nak checkup kat Muar aje.
Beli skali supplement calcium dan NeuroGain PB dari poliklinik Bukit Katil...ingatkan nak jumpa dr tapi ramai betul patient yang tunggu.

Yang paling best aku dan husben dah beli sikit2 barang2 baby dan maternity. Kami beli ikut keperluan dan budget yang ada...alhamdulillah dapat beli time ada diskaun. Kami beli gak buggy untuk baby nanti bila dah boleh duduk...hisss berkenan punya hal. Tapi masih ada sikit2 barang yang blum beli, plan nak beli ujung bulan ni. Rasanya aku kena siapkan suma sebelum 8bulan sarat sebab skang pun aku rasa cepat letih dan ngantuk. Husben suh aku banyakkan berehat kat umah aje.. Dengar citer kawan dia punya adik dah bersalin waktu 7 bulan, buatkan aku lae nervous...takut aku x bersedia.

Semoga Allah makbulkan doaku nak deliver awal Jan tahun depan..biarla normal dan baby kami ni sempurna dan sihat.

Monday 28 September 2009

Week 25-29th Sept 2009

Sudah seminggu lepas raya. Badan aku dah makin bulat kat depan...macam bawa bola letak dalam baju. Aku dah rasa berat nak jalan tapi x taula lepas ni akan bertambah berat.
Berat badan sekejap dah naik...risau plak terlebih berat nanti baby besar. Last check berat dah bertambah hampir 65kg...waaaa.
Baju keje pun dah x boleh cover kebonjolan perut ni...Tendangan baby dah boleh rasa selalu. Syukur aku dah sampai tahap ni. Tinggal 3 bulan lae..pejam celik akan tiba masanya
Aku dah tukar appointment checkup dari 28th sept ke 5th Oct...maklum le nak save annual leave.
Raya tahun ni meriah dari taun lepas mungkin sebab baby ni. Yelah aku+husben excited x terkata. Tapi kami control sebab x nak terlalu gembira.
Kaki aku dah macam bengkak air aje..aku rasa sendat plak pakai kasut kegemaran aku.
Suma ni package..aku terima la.
Setiap hari kul 2 pm ke atas, aku dah x boleh tahan mengantuk sgt.

K, sambung lae next week...mata ni dah layu

Monday 14 September 2009

Week 23-15th Sept 2009

Hari ni hari ke-25 posa tapi aku dah banyak hari tuang. Seperti biasa, bila dah hujung, aku x tahan haus dan lapar. Baby ni asyik kick aje-mungkin lapar kot.
Semalam checkup result:
1) HB 10.00-aku kena naikkan ke 12
2) Berat cuma 61.50-0.30kg naik compare to bulan lepas-aku x leh makan byk lepas buka sebab lebih byk minum-jarang amik supper sebab perut rasa penuh lae. Sahur pun x byk-so nurse suh aku naikkan 1 kg dalam masa 2 minggu ni. Kesimpulannya aku terpaksa selang sehari posa.
3) Albumin dan glucose-normal
4) scan nampak baby girl-suka aje aku x kisah mana pun yang penting sihat
5) pertumbuhan baby ikut schedule-dah nampak air kencing dia...
Kali ni scan husben ikut sama, tapi kami nampak blurr aje screen tu. Next time mungkin after 7 mths, aku nak scan kat KPJ ngan husben. Kat situ bleh nampak muka baby sgt jelas.

Semalam lepas aku wat kuih, aku ingat boleh le kemas umah-dah abis kemas aku rasa nak pengsan penat....tapi aku enjoy lepas kemas umah rasa puashati. Macam tu gak wat kuih, dah jadi rasa suka sgt. Aku ingat pembawakan baby ni kot sebab selama ni aku ni jenis malas kemas umah. Kalau wat pun secara paksa rela.

Yang bestnya, husben aku jenis ringan tulang dan x cerewet.Hisss untung betul aku.
X masak, dia ajak beli nasi ambang aje. Balik keje, mesti bawa aku jejalan walau keliling sawah kg. Yang aku paling suka naik moto keliling kawasan. Tapi next time perut membojol ke depan, x leh lae le. Aku hepi dan bersyukur atas pemberian Allah.
Alhamdulillah.
Tetiba plak teringatkan husben. :<

Wednesday 2 September 2009

Week 21-1st Sept 2009

Dah terasa kuat kungfu baby ni...seronok sambil tu usap-usap perut. Kekadang aku bercerita hal seharian. Lepas sahur, bila aku sorang2, aku akan cakap kat baby " hari ni kita posa yea-dapat pahala"...bila time aku haus, baby tendang..aku cakap "sabar yea, nanti kita berbuka minum air byk2 yea". Lepas aje aku communicate, baby x kick. Faham ke???
Tapi selalu bila time nak tido, baby active.Sahur kalau x makan nasi, x boleh tahan.
Ada sekali aku minum susu lepas sahur, x lama pas tu kuar suma isi perut..pagi bangun aje rasa lapo sgt x leh tahan...terus aku buka. Kesimpulannya nak paksa minum susu waktu malam aje sebelum tido...ntah kenapa aku x suka sgt susu tepung bancuh.

Tuesday 25 August 2009

Week 20-26th Aug 2009

Genap 5 bulan usia kandunganku. Semakin lama semakin mendalam perasaan sayang ni.
Aku dah 50% perjalanan dan harapanku sampai la aku dapat pegang+cium baby ni.
Semalam aku kena cirit birit. X posa sebab badan kurang air-bibir aku kering dan badan lemah. Aku kena ni mungkin sebab aku sahur air fresh oren sejuk makan ngan nasi panas. Aku MC dan terus ke KPJ-scan baby nak pastikan ok. Orang preggy memang kuat risau kan? Dalam sakit perut tu aku sempat ke klinik Shanti amik ubat, ke pasar cari batang keladi tapi xde. Nasib la Atie sanggup minta kat kawan dia dan hantarkan aku batang keladi mentah ke rumah. Terharu aku tapi memang aku mengidam sgt. Dapat aje aku buat asam pedas batang keladi. Senang aje. Makan ngan nasi panas dan ikan salmon bakar. (aku sempat gak gi Jusco cari suar preggy dan kasut).

Hari ni baby kurang kick, mungkin dia pun turut sama posa macam ibunya. Aku x sabar nak tau jantina sebab nak prepare sikit2 barang2. Kalau beli sikit2 kurang la rasa cair duit kan?

Semalam scan, kedudukan kepala baby belah kanan dan dia active kicking. Tangan asyik la bergerak hala ke kepala. Aku nampak dia macam minum air ketuban. Bibir nampak dan hidung nampak jelas sikit. Perut baby bulat besar. Seronok tgk baby cuma husben x dapat turut serta sebab keje. Kesian husben. Lain kali la kita scan kat Melaka.
Tali pusat cover kelengkang baby so susah nak nampak. Baby macam malu nak tunjuk.
Heartbeat, kedudukan uri dan air ketuban suma normal. Aku harap aku dapat merasa nikmat bersalin macam ibu2 yang lain.

Thursday 13 August 2009

First Kick

8th Aug-masa tgh baring kat umah Melaka, aku terasa perut aku bergerak...masa tu tgh baring depan tv..husben kuar ngeteh. Pelik tapi xkan la gas kot.
10th Aug setiap pagi masa kat opis aku terasa macam ada benda bergerak lae...sejak tu setiap pagi masa aku kat opis...confirm la tu baby kami yang kick. So sweet bila fikirkan baby active kat dalam. Kalau sehari x rasa kick dia, aku risau gak.
Ujung minggu ni aku nak sca tgk perkembangan baby. X sabar nak tgk baby.
Aku doa moga dapat tau jantina..x sabar sgt nak tau baby girl or boy. Tapi mana2 pun aku akan bersyukur.

Wednesday 5 August 2009

Virus Merebak

Sejak akhir2 ni byk kes demam, influenza, H1N1 dan denggi. Ofis mate ada sorang masuk ward sebab denggi. Sorang lae kena kuarantin kat umah sebab demam panas.
Hisss...byk betul dugaan kali ni. Yang aku sgt risaukan impact pada baby ni nanti. Minta dijauhkan familiku dari penyakit2 ni. Dan aku berdoa kandunganku sihat.
Risau sgt. Skang ni nak kurangkan kuar umah...Duk umah lebih selamat dari merayau sana sini ngan orang ramai especially supermarket.

Monday 3 August 2009

Week 17-4th Aug 2009

Semalam checkup seperti biasa. HB turun ke 10.80. Kena ceramah free dari nurse.
Pelekat warna putih tukar jadi hijau dan aku kena checkup lae 2 minggu. Bosan giler.
Gusi aku bengkak dan berdarah, tangan kebas2 tandanya kurang calcium. Ni yang lemah. Start minum susu bancuh aje aku dah muntahkan balik. Kekadang masih mabuk nak muntah.
Nak try minum susu fresh aje..senang. Kalau teruk sgt, beli aje pil colustrum kat farmasi. Bab makan sayur pun aku lemah. So aku kena banyakkan makan buah2.
Berat 60.6kg. Naik sikit. BP dan Albumin normal.
Semalam husben ada temankan. Tapi checkup selesai dalam 1/2 jam aje. Dan pertama kali dapat kesan denyutan baby guna doppler klinik tu. At least lega aku dengar baby sihat. Kalau x asyik meronta2 nak scan tgk baby sihat ke x.
Abis checkup, kami kesana sini buat urusan perbankan, epf dll. Suma settle, kami makan nasi beriani...sedap. Balik aje, aku dah ngantuk letih, tido aje.
Tapi hujung minggu ni aku puas hati dapat spent quality time ngan husben.
Result dari ujian air glucose:
Fasting : 4.4
After glucose intake: 4.5
x tau apa makna tapi nurse cakap normal x de diabetes.

Wednesday 22 July 2009

Week 15 Day 2-23rd July 2009

Semalam mulanya nak amik 1/2 day leave pagi tapi sebab Dr Ishak ada OT, so jadi lambat aku terpaksa cuti 1 hari. Memang sah aku kena UTI-air kencing kotor. Dan ubat Unasyn, Ural ngan PBGain. Balik dari KPJ, aku gi Clinic Dr Law, amik cream muka..hehehe minum air sambil menyelam. Dah lunch kat simpang Mantau, aku lepak kat umah Atie.
Berat aku 60.1kg-masih x tambah. Masa scan nampak baby tu tgh pegang telinga macam orang bang. Scan jantina x nampak sebab terlalu kecil. Seronok scan tgk baby-kalau husben ada skali tentu dia pun suka.
So next appointment 19th Aug-aku x sure nak gi situ atau Dr Alias-cuma nak scan aje kan. So rasa better gi Dr Alias, jadi x perlu la aku late in atau cuti separuh hari.
Ubat aku dah bertambah-hisss kekadang dah lupa nak makan yang mana.

Cerita pasal UTI ni-aku kena:
1) minum air kosong banyak2
2) minum jus cranberry
3) kurangkan makan makanan manis
4) kena selalu buang air kencing-nak buangkan air kencing yang penuh bakteria

Tuesday 14 July 2009

Jangkitan Kuman

Aku dah sah kena ni. Tak tau jenis infection apa, bacterial vaginosis, Trichomoniasis atau Urinary Tract Infection (UTI). X sure tapi aku rasa lebih pada BV. Antibiotic Unasyn dah abis makan tapi x cure pun. Mungkin aku kena pakai ubat peluru kot..Ntahle setiap kali kuar brown discharge, hati aku x sedap la. Badan letih dan ngantuk amat sgt. Tapi hari ni alhamdulillah aku rasa lebih bertenaga dari semalam. Kawan aku suggest minum jus cranberi...nanti aku usahakan di samping makan yogurt.

Thursday 9 July 2009

Week 13 Day 3-10th July 2009

6th July, aku checkup, kena sound berat turun 59.80kg...dah kena wat checkup 2 minggu lae. Aku macam demam, idung tersumbat, pening dan x sedap badan. HB 11.00, albumin dan BP normal. Dr bekalkan ubat yang sama. Next appoinment aku kena posa nak amik ujian glucose.

7th July, kul 12 tghari kuar brownish. Panic tapi selamba makan lunch dulu sebab lapo giler. Pastu kuar ofis jap cari klinik yang bleh wat scan...berpusing2 aku cari sebab byk dr tgh rehat. Dapat gak kat Klinik Salak-Alhamdulillah baby sihat dan bergerak. Aku suspect pasal jangkitan kuman lae. Scan kat situ zaman batu x nampak jelas sgt.

8th July, malam semalam aku demam bangun pagi lemah badan. Tapi aku masuk keje lambat kul 10.30 sebab aku gi KPJ nak pastikan kandungan aku sihat. Aku disuggest KLong jumpa Dr Ishak. Dia ni memang baik dan lembut. Scan baby suma okay, size, pergerakan, heartbeat ratio, kedudukan uri suma normal. Pastu amik sampel discharge memang sah kena jangkitan kuman.
Dia bekalkan aku Duphaston sebulan, Unasyn antibiotic 5 hari (2 biji sehari) dan supplement Neurogain PB untuk perkembangan otak baby. Consultation + scan cuma RM50 tapi ubat aku bleh tahan gak. Lebih kurang harga kat Columbia. So aku dah tekad nak switch dari Dr Intan Columbia ke Dr Ishak. Sgt friendly, informative dan lembut bicaranya. Aku pun rasa tenang dan selamat. Klinik dia pun lebih selesa dan besar. Siap bagi number handphone suh call kalau ada apa2 soklan nak tanya. Kat situ ada 3D scan so ingat nak wat bila kandungan 7 bulan ke atas-nak suh dr check otak dan fizikal baby secara details. Masa scan x nampak jantina lae sebab kecik tapi nampak baby terkangkang dan active gak.

Aku dah kurang mabuk dan selera bertambah. Berat pun dah bertambah sikit. Tapi masih x berselera nak masak lae. Kesian husben asyik makan air tangan kedai aje.

9th July-balik keje aku terus ke Jusco sebab member day. Aku dapat beli barang yang aku idamkan dgn harga yang lebih murah dari luar-siap dapat diskaun dan voucher. Cuma x bleh beli barang2 baby aje lae-next time target nak beli barang2 baby bila ada member day kat Melaka. Aku siap dapat parking kat kawasan Jusco gak-hisss hebat gak aku mencari parking di tgh2 sesak. hehehe. Badan rasa selesa dan aku dah start makan dinner setiap hari-susu pun aku dah bleh minum tanpa loya.

10th July-aku kepingin nak makan Chickenroni-KFC. Tgk iklan macam sedap aje.

Wednesday 1 July 2009

Week 12 Day 2-2nd July 2009

Aku MC dua ari Isnin dan Selasa...sebab masih kuar brownish discharge. Scan kat Dr Alias on Monday morning-baby bergerak dan heartbeat ok. Aku lega sgt. Tapi x tau kenapa bleeding tu...mungkin vagina tissue aku sensitive sebab aku pernah kena jangkitan kuman..x sure tapi ada possibility. Kemungkinan lain, masalah uri. Aku dibekalkan ubat Forlac untuk sembelit dan sejenis pil. Aku dah stop makan Duphaston.

Gambo scan 6.76cm -edd 6th Jan 2010...mmmm baby dah ada bentuk. X sabo nak rasa tendangan baby. Apa pun perasaan takut masih ada-Doakan babyku sihat dan membesar ngan normal

Aku nak kurangkan minum ais, lebihkan makan buah-sayur aku susah makan.

Klong dah selamat bersalin secara czer pada 27th June pm. Baby boy tapi muka saling x tumpah macam mamanya. Baby dah kuar sikit tapi sebab Klong x de daya nak teran, dr terus operate.
Syukur suma selamat-berat 2.5kg-tapi masuk ward semula sebab kena kuning.

Tahniah buat Klong, AbgLong, Afiq, Izzati dan Aleeya sebab dapat famili baru-Mohd Azizi.
(Masih terasa bestnya pegang newborn baby-x sabo nak tunggu turn aku)

Hand Iced Cold

27th June-Last Friday-aku bleeding pukul 4pm masa keje-aku panic. Kat toilet lae aku dah inform husben. Terus minta driver boss anto sampai Columbia. Rosley drive selaju yang boleh. Aku sampai, Dr Intan cuti MC, so aku switch ke Dr Khoo walau aku x suka dia-darurat. Sementara tunggu giliran, aku baca ayat Al-Kursi bebyk. Husben aku sampai aje, aku dah nak meleleh air mata-tangan aku sejuk beku macam ice. Nasib baik husben sampai sebelum dr panggil masuk. Alhamdulillah scan, baby ok-ada heartbeat tapi baby tido. Bleeding darah merah sebesar duit 50sen.

Monday 22 June 2009

Week 11-23rd June 2009

Aku dah stop amik suhu badan sebab thermometer tertinggal kat Melaka. Lebih relaxs.
Musim buah ni susah nak tahan godaan makan durian, manggis dan rambutan.Tapi dapat rasa sikit pun jadilah
Lidah aku selalu terasa pahit. Jangkitan kuman dah x de. Lebih selesa skang. Mual kekadang ada aje. Tapi memang selera makan aku bertukar-x tau nak makan apa. Yang aku tau aku suka makan tembikai, asam, ngan jambu.
Epal tolak tepi.
Semalam Sha+CO datang umah amik buah-dia belikan aku aiskrim-ni pun boleh masuk sebab aku suka benda sejuk. Husben aku cakap badan aku dah nampak berisi-memang pun sebab baju shirt yang comel dah macam sarung nangka. Aku dah start pakai baju besar2. Inilah masanya aku melaram baju preggy...hehehe salah satu impian aku.
X sabar nak tunggu Selasa depan-nak tgk perkembangan baby ni. Kalau ikut 11 minggu, baby dah bergerak cergas cuma x terasa sebab kecik lae. Perut aku dah semakin timbul. Kalau baring pun boleh rasa.

Sunday 14 June 2009

Week 9 Day 6-15th June 2009

Jumaat-suhu aku 37.0
Sabtu-suhu turun 36.9...
Lepas servis kete, kami ke clinic Dr Ilyas-wat ultrasound..nampak blur tapi dah boleh dengar heartbeat baby-yang bestnya dia dah bergerak..kalau dah besar mesti dah boleh rasa...aku byk angin sampai terasa mencucuk-cucuk. Dr tambah supplement untuk calcium.Lepas ni nak tukar dr intan ke dr ilyas sebab x perlu amik cuti atau MC
Pastu kami terus ke Muar dan Bukit-Balik petang tu gak.
Ahad-lepak bangun pagi lambat-husben ngan rajinnya berhempas pulas bersihkan bilik.
Pastu gi Jusco-husben belanja beli 2 suar yang besar sikit-saiz aku dah mengembang depan belakang.
Isnin-setiap pagi nak gi keje, rasa sayu sebab kena berjauhan ngan husben.

Suhu badan kejap maintain 37 kejap turun 36.8-36.9-tapi aku dah x panic. Tekak sentiasa terasa pahit aje lepas makan. Mual dah berkurangan dan selera aku dah makin ok.

Tuesday 9 June 2009

Week 9 Day 1-10th June 2009

Ari ni suhu aku cuma 36.90. Semalam 36.80. Kelmarin 36.70. Seriau aku bila suhu aku drop kurang 37.00-Harap pengalaman lama x berulang kali ni
Isnin lepas aku cuti emergency sebab x sanggup keje bila suhu jatuh. Pagi tu aku wat buku merah kat Klinik Ayer Molek. Gi kul 8.30am dapat number 15-Okay aje layanan dr dan nurse.Lama sikit sebab kena amik darah, air kencing dan jumpa dr. Husben temankan aku siap sampai lunch bersama. Abis tu aku asyik tido tido-dah mabuk balik. Sebab teringin nak makan sardin, husben masakkan. Abis aku makan nasi-rasa kenyang dan puas hati. Tapi yang kesiannya husben lepas makan flat abis-dia pun mabuk pening teruk. Makan panadol tido sampai pagi. Memang lembik abis. Masa dia keje pun dia dah start mabuk. Aku ingat kalau aku duk bersama sure husben la yang menanggung morning sickness ni.

Result dari checkup:
HB-10.8-dr suh aku makan vitamin tambah darah
berat turun ke 60.2kg
ubat : Ferromed 200mg, acid folic 5mg, vitamin B complex-makan satu biji setiap hari
bertambah la ubat selain Duphaston yang aku makan setiap hari

Hari ni aku lega sebab isi perut aku dapat dikuarkan seawal pagi-jadi kurangla angin yang menyesakkan perut aku ni-mungkin berkat makan kismis yang husben belikan. Aku asyik ulang makan kismis masa keje sebab nak isi perut yang lapar-kekadang buah jambu dan mangga masak. Aku perasan aku x suka makan nasi berkuah warna-warni-kalau makan ngan sambal belacan aku boleh abiskan. Susah nak makan ikut selera aku skang tapi nak masak x tahan bau plak. X pe la-dugaan.

Saturday 6 June 2009

Weeks 8 Day 4-6th June 2009

2nd June, first untrasound tgk progress baby. Membesar ikut jadual, Dah nampak kepala dia besar dari badan dan yang paling best ada denyutan jantung yang kecik sgt. Aku sgt bersyukur sebab sebelum ni x sampai pun tahap ni. Husben ada sekali tgk.
Aku dah MC sejak Isnin 1st sampai 2nd June. Rasa malas nak keje. Husben memang amik cuti.
Sejak Jumaat lepas aku kena jangkitan kuman. Memula risau sgt-tapi dr kata itu biasa untuk orang pregnant. Cuma aku harap benda ni x ganggu pertumbuhan baby.

Lepas checkup-kami ke Mid Valley-husben first time naik komuter-naik dari Labu. Balik x dapat duduk sampai Labu. Lepas tu lepak kat kebun Atie. Husben buat rawatan lintah kat kaki. Aku geli giler. Kami sampai umah malam dan tersgt letih. Tapi kami sgt gembira bila teringat tentang baby dah ada heartbeat.
For records-berat aku maintain 61.2kg-aku x lalu makan nasi

Tuesday 26 May 2009

Week 7 Day 1-27th May 2009

Semalam aku dah letih sgt. Dah 2 hari berturut-turut aku mesti curi-curi tido kat pantry 15-20 minutes sebab x tahan mengantuk. Badan lemah aje.
Petang nak drive balik keje tahan mata aje sebab mengantuk.

Lunch aku dah x makan nasi 2 hari berturut-turut sebab mual tengok lauk kat kantin...cuma makan buah dan roti aje...telan air suam pun terasa x sedapnya tapi paksa gak sebab bahaya kalau kurang cecair dalam badan.
Semalam balik dari keje, aku dah x larat, asyik baring aje.Lepas solat Maghrib aku baring balik. Nak tunggu Isyak terasa lamanya. Aku x makan apa pun untuk dinner walhal aku sgt lapar...dah x larat nak kunyah. Rupanya semalam aku demam malam menggigil. Sedar kul 1.30pagi terus selubung selimut. Bangun tido rasa badan x selesa-tapi lepas mandi dan syampoo kepala barula bersemangat keje.

Hari ni aku paksa lunch roti lae. Mungkin lepas ni start mual balik.
Dan petang ni husben balik jenguk-Sorila x dapat nak masak sebab letih.
Plan beli KFC sebab tekak mengidam nak makan ayam...hehehe

Sunday 24 May 2009

We Are Expecting


7th Apr 2009-aku start dah rasa kesan herbs supplement tu. Clomid masih 100mg/pill dan TVS nampak 2 telur saiz 18mm dan 20mm. X pernah telur aku kuar sampai 2. Masa tu hari ke 12 cycle. Aku dah letakkan harapan pada cycle kali ni.
Dan buat pertama kali dalam idup aku, aku terasa ovulation pain kiri kanan aku. Masa tu aku kat opis tapi aku dah ada stok malam semalam(sorry).

Let me put in details as below: DPO (Days Past Ovulation)
6 DPO- sembelit, letih giler, creamy mucus, panas badan
7 DPO-sore breast, sembelit, creamy mucus, mengantuk selepas 2pm
8 DPO-sama macam semalam. Test pakai Clearblue,negative. Tapi balik dari keje, tengok balik ada double line. Pelik tapi mungkin evaporation line
9 DPO-masih sama, suhu x turun-macam promising aje
10 DPO-test pagi negative-sedih
11 DPO-masih sama suhu x turun
12 DPO-masa tu kat Melaka-saje test since ada extra Guardian test strip kat toilet. Nampak blurr line. Gosok mata sebab x percaya. Kejutkan husben suh tengok-dia pun nampak line tu...hati dah berbunga-bunga
13 DPO-aku test pakai Clearblue dan line sangat gemuk dan nyata. Sah aku dah hamil. Husben senyum suka aje
14 DPO-aku jumpa Dr Intan minta ubat Duphaston. Scan untuk pastikan x ectopic-kantung x nampak lae sebab baru 4 weeks.
15 DPO-aku loya sikit dan asyik lapo
16 DPO-mual setiap petang tapi x sampai muntah-makan selera bertambah
17 DPO-sakit perut cramp-mulai risau

dan seterusnya sehingga ke hari ini 25th May 2009 (hari gaji hehehe)
Hari ke-49 cycle, 36 DPO. Masih terasa tanda-tanda hamil.
Sesekali aku mesti test urine kat umah-nak tengok ilang x hormone aku. Aku ni mudah risau sebab dah lama sgt aku nantikan saat ni.
Sepatut kandungan aku dah 7 minggu.

My first antenatal checkup 2nd June 2009 ngan Dr Intan. Plan nak beranak kat Hospital Muar sebab dekat kampung dan save cost. Antenatal checkup buat ngan Dr Intan dan klinik kesihatan Ayer Molek.

Sebelum positive berat aku dah 59kg...waaa
5 weeks pregnancy naik 60.9kg
6 weeks pregnancy naik lae 62.2kg
7 weeks pregnancy...turun ke 61.4kg

Months of TTC

Dr nasihatkan aku berehat 3 bulan sebelum next clomid.

4th Sept 2008-first day period after miscarriage.
1st Oct 2008-next period
24th Oct 2008-aku amik clomid for my next period.
27th Oct 2008-first day period, start clomid.
5th and 7th Nov 2008-TVS untuk check, telur saiz 18mm
9th Nov 2008-TVS and pregnyl injection
Tapi on 22nd Nov 2008-aku period-sedih...try next cycle lae

Dec2008 lepas balik dari Singapore, aku wat HSG-normal, tiub x tersumbat.
Jan 2009 cycle without clomid-nak try natural since clomid buat aku moody dan berat bertambah
Feb 2009 cycle-aku start amik suhu badan setiap pagi-aku wat research "how to conceive". Aku dah tau bila waktu subur dan berapa hari period. We started to take herbs supplement for our fertility enhancer
Mar 2009 cycle-aku masih teruskan amik suhu badan (BBT)+clomid 100mg/pill.

Setiap kali period, aku stress tapi husben banyak sabarkan. Yelah manusia ada asa, Allah ada kuasa.

Torn To Pieces

Hidup aku diteruskan macam biasa. Biasala aku ada mood swing. Aku lasak sikit walau penat aku masih kuatkan diri drive sana sini.

End of June 2008, ada spotting masa dalam ofis, aku panik sebab sebelum ni x pernah ada brown discharge. Driver opis aku hanto ke Columbia dan kete Kelisa ditinggalkan kat ofis aje. On the way, aku call husben. Sampai sana kul 2pm, dapat appoinment kul 6pm. Aku x bleh tunggu so tuko ke Dr Khoo-He was unfriendly dr. Suh aku balik rehat without any medications or MC. Aku frust. Husben bawa balik Melaka. Next morning kami ke Melaka Hospital. Linda tolong uruskan dapat wad secepat mungkin-x perlu masuk emergency room tunggu.
Admitted dan staff kat sana quite nice ad friendly. Kantung masih normal tapi bleeding semakin heavy. X tahan bosan, aku minta kuar wad duk umah (masa tu husben ada wat kenduri kesyukuran kat Bukit). Aku langsung x de mood sebab tension.
X sampai 2 hari duk umah, bleeding semakin heavy-Aku masuk wad sekali lae. Keesokan harinya, 6th Aug 2008-waktu pagi masa aku nak buang air kecik-kuar semacam daging panjang. Aku letak dalam tisu dan bagi pada nurse. Aku yakin itu janin aku. Sedih x yah cakap la. Scan kantung dan x bulat, so kami decide buat D&C-Takut masih ada baki. Sepatutnya petang tu aku wat D&C tapi Ubat Cebajurn dah abis, aku kena wat esoknya.

Aku dah puas nangis sebelum tido sampai kedua mata aku dah kuar tembel. Aku x peduli rupa aku pun. Bila aku nangis, husben pun rasa sedih...ingat lae " i tengok u nangis, i rasa sgt sedih la"
Aku x sensitive pada perasaan dia masa aku sedih dan tension pasal bleeding tu.

Aku berpantang kat umah mak mertua sekejap, pastu balik Melaka, pastu duk ngan mak kat Muar. 2 minggu lebih aku MC

Unexpected Result

Sebelum ke Penang trip ngan husben+parents in law-aku rasa pelik seluruh badan. Asyik lapar dan aku rasa pinggang aku kembang, sore breast-selalu tanda ni kuar seminggu sebelum period, tapi x ilang walau sudah dekat estimate period time. Badan panas aje dan rimas. Aku test negative, so tunggu aje next period makan ubat lae.
12th July 2008, aku wat home pregnancy test. Ada line blurr. Beritau husben tapi macam x percaya.
14th July 2008, aku amik cuti check ngan Dr Intan. Scan nampak kantung dan usia kandungan dah 5 weeks. Hepi sgt.

Beritau suma orang yang dekat. Husben paling hepi.
Suma orang suh aku berhati-hati.

My First Clomid

Dr sahkan cyst aku consists ngan minimal endometriosis. Aku sedih sebab dia kata chances aku 30% untuk hamil. 21st May 2008, lepas cabut benang, dia bekalkan aku 50mg/pc for 5 pcs (2nd period-6th day period)
9th June 2008-aku telan first clomid. Abis aje ubat tu, badan aku terasa sentiasa panas.
18th June 2008-TVS untuk lihat saiz telur-18mm, So doctor inject pregnyl untuk pecahkan telur-Fungsi prenyl ni sama ngan hormon Luteinizing Hormone (LH)
20th June 2008-Dr estimate aku subur.

The Day I Had My First Surgery

Period aku selalu normal. Tapi lepas kawen, aku perasan ada spotting at the middle of my cycle. Aku pelik tapi x buat apa-apa sebab x sakit. May 2008, masih ada spotting dan aku rasa risau plak. Kawan aku strongly suggested aku pegi check. Check ngan Dr Intan, Columbia Hospital dan aku disahkan ada cyst. Mula2 aku ingat cancer sebab x pernah tau pun pasal cyst. Lepas CT Scan, alhamdulillah bukan cancer. Saiz dah 4mm. Dr suggest aku datang lae check.
13th May, cyst masih x kecut, Dr suh aku masuk wad untuk laparascopy-minor surgery.
Cystectomy di buat pukul 2pm dan aku dibius seluruh badan. Aku ditahan wad 2 hari dan next visit on 21st May 2008 untuk buka jahitan.Cuti rehat 2 minggu duk umah mak, macam dalam pantang, suma mak jaga-minum pati ikan haruan dan ayam brands. Ikan haruan mak masak macam2 jenis sampai muak sgt. Parents in law ngan Kak Noriah & Co ada visit. Husben masa tu ada kursus.

Our Big Day

Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan Allah. Selamat diijabkabulkan pada 14th Mar 2008 di rumah Muar. Abah, mak ada...Mak nangis tanda suka. Aku blurr aje sebab macam x percaya.
Masa nak cium tangan husben, rasa sayu plak sebab x dapat duduk ngan mak abah lae.
15th Mar 2008, bersanding di rumah Muar-majlis sederhana meriah.
16th Mar 2008, jamuan di rumah mertua kat Bukit-guest x putus-putus datang. Masa tu aku kekok sebab aku x kenal ramai. Masa rombongan famili nak balik, rasa sedih kena tinggal...rasa macam nak ikut aje. Tapi layanan mertua sgt baik so ilang kekok.
20-21st Mar 2008-berbulan madu di Cameron Highland. Cool place with beautiful fauna. Ate strawberry sampai sakit lidah. We had wonderful time.
The day after that, aku masih cuti sampai 25th Mar 2008-jadi surirumah sepenuh masa-Husben start keje 25th Mar 2008.

Promised to Each Other


Kami dah start merancang tentang persiapan pertunangan. Rancangnya 3 bulan pertunangan kami. At last on 16th December 2007,we engaged to each other.
Since then, kami dah start buat persediaan untuk pernikahan plak sebab tempoh x lama lae.

The Day I Met Him

First date kat Bandar Seri Putra malam-masa hari kerja--Very nervous sampai terlanggar lubang, Touch N Go jatuh bawah kete...ketawa besar kami.
That was the day we deeply fell in love and plan to be united at the soonest.
Thanks to Normah my sis for her cupid acts.

First email from him 22nd Oct 2007-Selamat Hari Raya