Ya Allah, kurniakan kami anak2 yang soleh dan solehah. Amin

during pregnancy

Wednesday 22 July 2009

Week 15 Day 2-23rd July 2009

Semalam mulanya nak amik 1/2 day leave pagi tapi sebab Dr Ishak ada OT, so jadi lambat aku terpaksa cuti 1 hari. Memang sah aku kena UTI-air kencing kotor. Dan ubat Unasyn, Ural ngan PBGain. Balik dari KPJ, aku gi Clinic Dr Law, amik cream muka..hehehe minum air sambil menyelam. Dah lunch kat simpang Mantau, aku lepak kat umah Atie.
Berat aku 60.1kg-masih x tambah. Masa scan nampak baby tu tgh pegang telinga macam orang bang. Scan jantina x nampak sebab terlalu kecil. Seronok scan tgk baby-kalau husben ada skali tentu dia pun suka.
So next appointment 19th Aug-aku x sure nak gi situ atau Dr Alias-cuma nak scan aje kan. So rasa better gi Dr Alias, jadi x perlu la aku late in atau cuti separuh hari.
Ubat aku dah bertambah-hisss kekadang dah lupa nak makan yang mana.

Cerita pasal UTI ni-aku kena:
1) minum air kosong banyak2
2) minum jus cranberry
3) kurangkan makan makanan manis
4) kena selalu buang air kencing-nak buangkan air kencing yang penuh bakteria

Tuesday 14 July 2009

Jangkitan Kuman

Aku dah sah kena ni. Tak tau jenis infection apa, bacterial vaginosis, Trichomoniasis atau Urinary Tract Infection (UTI). X sure tapi aku rasa lebih pada BV. Antibiotic Unasyn dah abis makan tapi x cure pun. Mungkin aku kena pakai ubat peluru kot..Ntahle setiap kali kuar brown discharge, hati aku x sedap la. Badan letih dan ngantuk amat sgt. Tapi hari ni alhamdulillah aku rasa lebih bertenaga dari semalam. Kawan aku suggest minum jus cranberi...nanti aku usahakan di samping makan yogurt.

Thursday 9 July 2009

Week 13 Day 3-10th July 2009

6th July, aku checkup, kena sound berat turun 59.80kg...dah kena wat checkup 2 minggu lae. Aku macam demam, idung tersumbat, pening dan x sedap badan. HB 11.00, albumin dan BP normal. Dr bekalkan ubat yang sama. Next appoinment aku kena posa nak amik ujian glucose.

7th July, kul 12 tghari kuar brownish. Panic tapi selamba makan lunch dulu sebab lapo giler. Pastu kuar ofis jap cari klinik yang bleh wat scan...berpusing2 aku cari sebab byk dr tgh rehat. Dapat gak kat Klinik Salak-Alhamdulillah baby sihat dan bergerak. Aku suspect pasal jangkitan kuman lae. Scan kat situ zaman batu x nampak jelas sgt.

8th July, malam semalam aku demam bangun pagi lemah badan. Tapi aku masuk keje lambat kul 10.30 sebab aku gi KPJ nak pastikan kandungan aku sihat. Aku disuggest KLong jumpa Dr Ishak. Dia ni memang baik dan lembut. Scan baby suma okay, size, pergerakan, heartbeat ratio, kedudukan uri suma normal. Pastu amik sampel discharge memang sah kena jangkitan kuman.
Dia bekalkan aku Duphaston sebulan, Unasyn antibiotic 5 hari (2 biji sehari) dan supplement Neurogain PB untuk perkembangan otak baby. Consultation + scan cuma RM50 tapi ubat aku bleh tahan gak. Lebih kurang harga kat Columbia. So aku dah tekad nak switch dari Dr Intan Columbia ke Dr Ishak. Sgt friendly, informative dan lembut bicaranya. Aku pun rasa tenang dan selamat. Klinik dia pun lebih selesa dan besar. Siap bagi number handphone suh call kalau ada apa2 soklan nak tanya. Kat situ ada 3D scan so ingat nak wat bila kandungan 7 bulan ke atas-nak suh dr check otak dan fizikal baby secara details. Masa scan x nampak jantina lae sebab kecik tapi nampak baby terkangkang dan active gak.

Aku dah kurang mabuk dan selera bertambah. Berat pun dah bertambah sikit. Tapi masih x berselera nak masak lae. Kesian husben asyik makan air tangan kedai aje.

9th July-balik keje aku terus ke Jusco sebab member day. Aku dapat beli barang yang aku idamkan dgn harga yang lebih murah dari luar-siap dapat diskaun dan voucher. Cuma x bleh beli barang2 baby aje lae-next time target nak beli barang2 baby bila ada member day kat Melaka. Aku siap dapat parking kat kawasan Jusco gak-hisss hebat gak aku mencari parking di tgh2 sesak. hehehe. Badan rasa selesa dan aku dah start makan dinner setiap hari-susu pun aku dah bleh minum tanpa loya.

10th July-aku kepingin nak makan Chickenroni-KFC. Tgk iklan macam sedap aje.

Wednesday 1 July 2009

Week 12 Day 2-2nd July 2009

Aku MC dua ari Isnin dan Selasa...sebab masih kuar brownish discharge. Scan kat Dr Alias on Monday morning-baby bergerak dan heartbeat ok. Aku lega sgt. Tapi x tau kenapa bleeding tu...mungkin vagina tissue aku sensitive sebab aku pernah kena jangkitan kuman..x sure tapi ada possibility. Kemungkinan lain, masalah uri. Aku dibekalkan ubat Forlac untuk sembelit dan sejenis pil. Aku dah stop makan Duphaston.

Gambo scan 6.76cm -edd 6th Jan 2010...mmmm baby dah ada bentuk. X sabo nak rasa tendangan baby. Apa pun perasaan takut masih ada-Doakan babyku sihat dan membesar ngan normal

Aku nak kurangkan minum ais, lebihkan makan buah-sayur aku susah makan.

Klong dah selamat bersalin secara czer pada 27th June pm. Baby boy tapi muka saling x tumpah macam mamanya. Baby dah kuar sikit tapi sebab Klong x de daya nak teran, dr terus operate.
Syukur suma selamat-berat 2.5kg-tapi masuk ward semula sebab kena kuning.

Tahniah buat Klong, AbgLong, Afiq, Izzati dan Aleeya sebab dapat famili baru-Mohd Azizi.
(Masih terasa bestnya pegang newborn baby-x sabo nak tunggu turn aku)

Hand Iced Cold

27th June-Last Friday-aku bleeding pukul 4pm masa keje-aku panic. Kat toilet lae aku dah inform husben. Terus minta driver boss anto sampai Columbia. Rosley drive selaju yang boleh. Aku sampai, Dr Intan cuti MC, so aku switch ke Dr Khoo walau aku x suka dia-darurat. Sementara tunggu giliran, aku baca ayat Al-Kursi bebyk. Husben aku sampai aje, aku dah nak meleleh air mata-tangan aku sejuk beku macam ice. Nasib baik husben sampai sebelum dr panggil masuk. Alhamdulillah scan, baby ok-ada heartbeat tapi baby tido. Bleeding darah merah sebesar duit 50sen.