Ya Allah, kurniakan kami anak2 yang soleh dan solehah. Amin

during pregnancy

Wednesday 20 January 2010

Berakhirnya Penantianku

Aku start cuti dari 1jan 2010 kononnya percaya aku akan bersalin awal dari 40 minggu. Duduk di Melaka seminggu dan aku berpindah duduk di rumah kedua ibubapaku di Muar pada 9th Jan 2010-suma rakan dan sedara dah bertanya bila agaknya aku akan bersalin. Aku pun dah mula risau sebab umur kandungan hampir 40 minggu tapi masih tiada tanda2. Pada 12Jan10-kuar sikit tanda darah-aku dah mula rasa gembira dan gementar. Tapi aku bertegas mahu tunggu sehari lae di rumah mak. Mak-biasala risaukan keselamatan aku bertegas suruh aku check di hospital pada keesokkan harinya. Dan tepat sekali, bukaan dah 1cm-jadi aku dimasukkan ke wad pada pukul 11 pagi di wad 14-Bilik 4 katil 2 pada rabu-13th Jan 10-aku diletakkan dibawah penjagaan Dr Akmal. Duduk lama sgt membosankan lae tengok orang mengerang kesakitan akibat contraction buatkan aku lae gementar. Pagi esoknya aku dihantar untuk buat scan dan resultnya air ketubanku cuma cukup2 makan-8 (x sure index apa).Malamnya aku terasa contraction aku setengah jam sekali datang menyerang-Ya Allah rasa sakit pinggang yang amat sgt-X dapat tido aku walau seminit pun. Esok paginya dr check bukaanku dan ternyata sudah bukak 4cm. Terus aku dihantar ke dewan bersalin pada pukul 7.20pagi. Gembira dan takut bercampur-baur. Siksanya seorang ibu nak melahirkan anak baru aku dapat rasakan. Aku dah lemah dan x pandai meneran pun. Tapi berkat doa dan bantuan doktor2 pakar aku selamat melahirkan baby girl-Nur Haniz seberat 3.2kg pada 15th jan 2010(Jumaat) pukul 11.04am. Aku terkesima dan menangis kesyukuran disaat dr meletakkan babyku di atas dadaku semasa proses memotong tali pusat. Alhamdulillah anakku x perlu di forcep atau di vakum. Tapi bagiku saat paling menyakitkan ialah semasa menjahit-Aku bertahan lae 1 jam. Pukul 3 pm, selepas aku diberi makan dan direhatkan, baru aku dan baby dilepaskan ke wad. Kuar aje dari bilik bersalin, aku tgk muka mak dan husben yang sabar menanti. Sanggup mak langsung x jamah sarapan sebab nak tunggu aku kat dewan bersalin. Inilah pengalamanku dan alhamdulillah penantianku selama ini berakhir dengan baby yang comel dan sihat.Aku bersyukur padamu , Ya Allah diatas rahmatmu yang kau curahkan padaku selama ini.