Ya Allah, kurniakan kami anak2 yang soleh dan solehah. Amin

during pregnancy

Wednesday 30 December 2009

Week 38 Day 2-31st Dec09

Dah lebih 38 minggu. Aku menunggu hari saja. Kawan aku 2 orang yang hampir sebaya preggy dengan aku dan deliver..sorang hari ni deliver pagi2. Best nya dengar.
Aku berdoa baby ni kuar awal Jan10...Husben pun dah excited aje. Suma orang cakap perut aku membojol besar ke depan dan masih belum turun lae. Tapi aku ingat nak cuti awal sebab rasa nak rehat aje kat umah Melaka. Dah x de mood nak keje. Keje pun aku boleh monitor dari rumah-sebab dah masuk internet-bukak email. SSLVPN pun dah setting so sumanya boleh surf dari umah aje-wat keje dari umah aje la.

Berat aku maintain 70kg dah x naik. Tapi HB aku menurun dari 10.6 ke 10.2.
Anemia ke nanti? hisss risau ni.
Aku masih x pandai kira pergerakan baby. X faham pun ada.
Tapi setakat ni baby masih aktif kicking cuma x nampak dah gerakan bonjolan lae...mungkin dah penuh. Nak scan wat last time sebab nak tgk berat baby.

Orang kata banyakkan berjalan supaya cepat bersalin..aku dah banyak berjalan rasa macam asyik le nak buang air aje. Malam asyik terbangun nak gi toilet.

Rasa x sabar nak tgk baby kami ni. Macamana le rupa dia. Babysitter aku dah cari. Cuma nak confirm aje lepas bersalin nanti. Nak berkenalan walau kawan aku Atie dah kenal sejak kecik lae.
Semoga perjalanan ku ini berjalan lancar.

Tuesday 15 December 2009

Week 36 Day 1-16th Dec 09

Semakin ditekan aje rasanya kat bawah tapi kuatkan semangat ni. Asal baby sihat dan membesar dengan sempurna kat dalam. Perut masih x nampak turun. Rasa x sabar pulak nak bersalin ni. Nak pegang+cium baby sendiri. Rasa pun kaki dah bengkak, tapak tangan pun dah kembung. Kaki kanan x kuat sgt.

Berat 69.5kg
Hb dah naik 10.3
estimate berat baby cuma 2.3kg..harapan aku biarla baby ni cukup 3kg nanti.

Aku dah jalan macam penguin..hahaha

Wednesday 2 December 2009

Week 34 Day 2-3rd Dec 09

Dah lama x update...sibuk sikit

Perut dah terasa memboyot...hehehe postur jalan pun dah bertukar. Aku pernah mimpi badan aku slim macam dulu...setiap kali bangun tido aku mesti pegang perut...takut sgt ilang. Mimpi hari2 sampai dah lali...Memang x cukup tido...terbangun ke toilet le, baby kungfu kuat le, terdengar bunyi le, mimpi yang menakutkan la...kalau husben sebelah rasa safe aje, tapi bila terbangun sorang2 ni rasa sayu plak.
Berat aku dah 68kg, Hb masih x cukup 10...hiss risau plak kalau tumpah darah nanti
Aku dah rasa senak kat bawah sebab kepala baby memang dah ke bawah betul.
X lama aje tinggal masa...Pasni aku kena cari tempat nak letak baby...ni yang pening.
Nak letak kampung rasa x boleh kot sebab jauh dari baby. Baby pun mesti sedih kalau aku x de nanti...Dugaaannnn.

Aku kurang makan nasi, rasa macam x seda aje lauk beli ni..kalau masak sendiri, abis aku makan sepinggan. Nak tapau, malas aje sebab amik masa...selalu le aku makan biskut ngan roti aje.

Kay, until next week