Ya Allah, kurniakan kami anak2 yang soleh dan solehah. Amin

during pregnancy

Tuesday 9 June 2009

Week 9 Day 1-10th June 2009

Ari ni suhu aku cuma 36.90. Semalam 36.80. Kelmarin 36.70. Seriau aku bila suhu aku drop kurang 37.00-Harap pengalaman lama x berulang kali ni
Isnin lepas aku cuti emergency sebab x sanggup keje bila suhu jatuh. Pagi tu aku wat buku merah kat Klinik Ayer Molek. Gi kul 8.30am dapat number 15-Okay aje layanan dr dan nurse.Lama sikit sebab kena amik darah, air kencing dan jumpa dr. Husben temankan aku siap sampai lunch bersama. Abis tu aku asyik tido tido-dah mabuk balik. Sebab teringin nak makan sardin, husben masakkan. Abis aku makan nasi-rasa kenyang dan puas hati. Tapi yang kesiannya husben lepas makan flat abis-dia pun mabuk pening teruk. Makan panadol tido sampai pagi. Memang lembik abis. Masa dia keje pun dia dah start mabuk. Aku ingat kalau aku duk bersama sure husben la yang menanggung morning sickness ni.

Result dari checkup:
HB-10.8-dr suh aku makan vitamin tambah darah
berat turun ke 60.2kg
ubat : Ferromed 200mg, acid folic 5mg, vitamin B complex-makan satu biji setiap hari
bertambah la ubat selain Duphaston yang aku makan setiap hari

Hari ni aku lega sebab isi perut aku dapat dikuarkan seawal pagi-jadi kurangla angin yang menyesakkan perut aku ni-mungkin berkat makan kismis yang husben belikan. Aku asyik ulang makan kismis masa keje sebab nak isi perut yang lapar-kekadang buah jambu dan mangga masak. Aku perasan aku x suka makan nasi berkuah warna-warni-kalau makan ngan sambal belacan aku boleh abiskan. Susah nak makan ikut selera aku skang tapi nak masak x tahan bau plak. X pe la-dugaan.

No comments: