Ya Allah, kurniakan kami anak2 yang soleh dan solehah. Amin

during pregnancy

Wednesday, 30 December 2009

Week 38 Day 2-31st Dec09

Dah lebih 38 minggu. Aku menunggu hari saja. Kawan aku 2 orang yang hampir sebaya preggy dengan aku dan deliver..sorang hari ni deliver pagi2. Best nya dengar.
Aku berdoa baby ni kuar awal Jan10...Husben pun dah excited aje. Suma orang cakap perut aku membojol besar ke depan dan masih belum turun lae. Tapi aku ingat nak cuti awal sebab rasa nak rehat aje kat umah Melaka. Dah x de mood nak keje. Keje pun aku boleh monitor dari rumah-sebab dah masuk internet-bukak email. SSLVPN pun dah setting so sumanya boleh surf dari umah aje-wat keje dari umah aje la.

Berat aku maintain 70kg dah x naik. Tapi HB aku menurun dari 10.6 ke 10.2.
Anemia ke nanti? hisss risau ni.
Aku masih x pandai kira pergerakan baby. X faham pun ada.
Tapi setakat ni baby masih aktif kicking cuma x nampak dah gerakan bonjolan lae...mungkin dah penuh. Nak scan wat last time sebab nak tgk berat baby.

Orang kata banyakkan berjalan supaya cepat bersalin..aku dah banyak berjalan rasa macam asyik le nak buang air aje. Malam asyik terbangun nak gi toilet.

Rasa x sabar nak tgk baby kami ni. Macamana le rupa dia. Babysitter aku dah cari. Cuma nak confirm aje lepas bersalin nanti. Nak berkenalan walau kawan aku Atie dah kenal sejak kecik lae.
Semoga perjalanan ku ini berjalan lancar.

Tuesday, 15 December 2009

Week 36 Day 1-16th Dec 09

Semakin ditekan aje rasanya kat bawah tapi kuatkan semangat ni. Asal baby sihat dan membesar dengan sempurna kat dalam. Perut masih x nampak turun. Rasa x sabar pulak nak bersalin ni. Nak pegang+cium baby sendiri. Rasa pun kaki dah bengkak, tapak tangan pun dah kembung. Kaki kanan x kuat sgt.

Berat 69.5kg
Hb dah naik 10.3
estimate berat baby cuma 2.3kg..harapan aku biarla baby ni cukup 3kg nanti.

Aku dah jalan macam penguin..hahaha

Wednesday, 2 December 2009

Week 34 Day 2-3rd Dec 09

Dah lama x update...sibuk sikit

Perut dah terasa memboyot...hehehe postur jalan pun dah bertukar. Aku pernah mimpi badan aku slim macam dulu...setiap kali bangun tido aku mesti pegang perut...takut sgt ilang. Mimpi hari2 sampai dah lali...Memang x cukup tido...terbangun ke toilet le, baby kungfu kuat le, terdengar bunyi le, mimpi yang menakutkan la...kalau husben sebelah rasa safe aje, tapi bila terbangun sorang2 ni rasa sayu plak.
Berat aku dah 68kg, Hb masih x cukup 10...hiss risau plak kalau tumpah darah nanti
Aku dah rasa senak kat bawah sebab kepala baby memang dah ke bawah betul.
X lama aje tinggal masa...Pasni aku kena cari tempat nak letak baby...ni yang pening.
Nak letak kampung rasa x boleh kot sebab jauh dari baby. Baby pun mesti sedih kalau aku x de nanti...Dugaaannnn.

Aku kurang makan nasi, rasa macam x seda aje lauk beli ni..kalau masak sendiri, abis aku makan sepinggan. Nak tapau, malas aje sebab amik masa...selalu le aku makan biskut ngan roti aje.

Kay, until next week

Wednesday, 18 November 2009

Week 32 Day 2-19th Nov 2009

Dah lama aku x update. Sepatutnya on weekly basis. Tapi sebab ada project baru-aku x sempat
kay last visit result:
BP and Albumin-Normal
Wat Glucose Screening Test-result blum tau
HB-masih kurang cuma 9.8-:<
Berat x naik since last 2 weeks-68kg
next visit 23rd nak wat scan kat Klinik Nilai walhal aku dah selalu scan kat private.
Xpe la memenuhi syarat.

Aku dah rasa berat aje...jalan pun dah macam mak buyong-hahaha
Alhamdulillah kaki aku dah x bengkak dan selesa tido x kena cramp-badan masih panas2 aje
Aku kena lae jangkitan yeast-so dah siap amik ubat. Kalau kena rasa x selesa langsung.

Semalam aku mimpi, aku gi Singapore wat keje, pastu dalam perjalanan ke airport, kaki baby terbonjol kat perut aku, rasa sakit yang amat. Terbangun terus gi toilet. Nasib le mimpi.
Dah mula rasa takut dah nak ingat bersalin ni. Camna le sakitnya

Tuesday, 3 November 2009

Week 30-3rd Nov 2009

Checkup semalam aku buat kat KK Nilai. Punya le ramai tapi x pe asalkan aku x perlu amik cuti 1/2 day..aku masuk keje kul 10.15am. Cuma next 2 weeks, aku rasa aku kena amik cuti separuh hari sebab nak buat Glucose Screening Test.

Result:
berat 68kg-waaa naik 2.5kg..nurse nak observe
HB= 9.7..tapi confirm aku bukan talasemia...cara pemakanan aku silap sikit
Albumin=N
BP= Ok
Next appointment kena inject ATT kali kedua lae...aku bab ni le lemah..nak injection plak

Good news is, bila dah cukup term, aku boleh request nak lahirkan anak 1Jan2010..hisss ni macam best, tak payah le aku menunggu masa..bleh aku plan nak lahirkan baby tahun baru ni
Apapun kena bincang ngan husben.

Pagi tadi sedih tgk husben gi keje...mcm kena tinggal sorang2. Tapi bila dah masuk keje, kurang sikit. X tau le nanti bila dah ada baby. Tabah ke x ni?

Tuesday, 27 October 2009

Week 29-27th Oct 2009

Badan dah semakin berat-kaki pun x kurang daya kuasa angkatnya-hampir2 aku tersadung tadi-2 kali plak tu...Nauzubillah...jauhkanlah aku dari terjatuh.
Mengah kalau buat keje lebih2-aku lebih suka duk lepak tgk tv...kalau wat keje umah pun dah slow. Next week ada checkup-aku rasa aku kena lae infection-kena amik ubat ni...X boleh biarkan..rasa x selesa pun ada.
Aku tersgt la suka makan aiskrim dan strawberry. Kalau makan x ingat dunia. Perutku dan membulat ke depan...rasa semakin membesar, baby pun dah kuat kick..kekadang terbangun tido bila rasa geli kat perut. Nikmat mengandung ni lain-rasa special sgt.
Macam biasa, pagi tadi aku sedih sgt tinggalkan husben sorang2 kat umah. Hisss macamana nanti kalau ada baby? aku x tergambar perasaan aku tu nanti.
Ya Allah, moga kou tunjukkan kami jalan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Aminnnnn

Thursday, 15 October 2009

Week 27-13 Oct 2009

Bengkak kaki dah kurang kalau aku kurang berjalan dan berdiri. Tido masih pakai stokin untuk elakkan cramp. Berat last timbang dah 66.4kg...wow cepatnya naik
Tidoku semakin nyenyak cuma terbangun bila nak ke tandas atau tukar position mengiring. Aku x boleh terlentang terasa sesak aje. Mimpi setiap malam-macam2 kisah-kenapa yek? terlebih hormon ke?

Dah rasa berat jalan...bila orang tgk aku ngan uniform maternity ni, ramai le yang volunteer nak advise itu le ini le, yang mengusik pun ada...kekadang geram gak sebab sambil usik tersengih2 macam kerang busuk (male staff le ni) Ada gak yang terperanjat x tau aku ni dah kawin...aleh-aleh dah preggy..siap tanya "bila awak kawin?"...eh suka ati le nak kawin ke x.(dalam hati le)..kat luar, aku senyum kambing aje. Malas nak layan. Yang selamba pegang2 perut aku ni pun ada. Tapi aku x kisah sgt asal x tekan perut ni dah le.